Seorang remaja perempuan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Muar mengarahkannya dipenjara pada satu tempoh sehingga mendapat pengampunan Sultan Johor selepas didapati bersalah membunuh suaminya, lima tahun lepas.<br /><br />Pesuruhjaya Kehakiman Awang Armadajaya Awang Mahmud membuat keputusan ke atas remaja yang kini berusia 22 tahun tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
